Thursday, July 25, 2013

Kemanisan panggilan "sayang"

Sesetengah orang memandang enteng pada kalimah keramat ini,
Aku tak tahu kenapa tapi bagi aku wujud kemanisan dalam panggilan sayang
yang pastinya hanya ditemui setelah kahwin.
Mungkin sesetengah couple suka menggunakan gelaran "baby", "papa", "mama" dan sebagainya
aku tak berapa gemar sbb aku rasa geli dgn panggilan sebegitu.

Begini, cuba anda bayangkan anda kahwin dgn wanita yg anda telah couple selama 5 tahun
kemudiaan menggunakan panggilan sayang utk memanggilnya.

Aku berpendapat kalaulah dah 5 tahun guna panggilan sayang tu kemudian kahwin, panggilan sayang tu sekadar menjadi panggilan tidak ada kemanisannya lagi. Konsepnya mudah, kalaulah ambil madu daripada sarang lebah makin kita ambil ianya akan berkurang madunya, boleh jadi sampai habis.

Berbanding dengan orang yang jaga perhubungannya, maksud aku yang mungkin bercinta tetapi yang 
wujud hanya sekadar perasaan cinta tidak dizahirkan dengan perbuatan, mereka ini kalau berkahwin
pasti lebih indah, dan kemanisan panggilan sayang itu dapat dirasa.

Pendek kata apa yg cuba aku nak katakan adalah, jangan couple sebab kalau couple then kahwin kemanisan dalam perhubungan tu kau tak dapat rasa lagi lepas kahwin. Cuba bayangkan pasangan yg sudah terlanjur kemudian berkahwin, agaknya ada lagi tak kenikmatan hubungan perkahwinan yg dirasai ? sbb segalanya dah dilakukan sebelum kahwin. Itulah kemanisan yg cuba utk aku sampaikan.

Cinta itu sesuatu yang indah dan manis utk dirasa, tetapi bagaimana utk merasai manisnya juga ada beberapa cara. Ingatlah, bahawa hati setiap insan itu memang Allah anugerahkan perasaan cinta tapi jangan disalah guna. Carilah cinta yg paling indah. Sekian.


Pencari Cinta

Saturday, July 20, 2013

Lukisan kehidupan

Kehidupan ini hanyalah sebuah cereka
yang diwarnai derita dan juga warna gembira

Semalam kau ketawa, 
Hari ini kau berduka

Mungkin esok adalah hari kau bahagia 
Tunggu....

Mungkin juga kau akan merintih
siapa tahu ?
Pelukis bebas membuat apa sahaja


Jangan khuatir rintih mungkin mengajar
Apa buktinya ? 
Pernah lihat kanak-kanak  belajar berjalan ?
Jatuh dia menangis 
namun tangisnya mengajar seribu makna
Itulah lukisan kehidupan
Ianya penuh warna


Kadangkala gembira itu musuh
tangis itu kawan
semuanya mengajar kita
menjadi lebih dewasa


by: Izzat Akmal




Monday, July 1, 2013

Alam

Engkau dongak keatas
Lukisan alam terdampar luas
Birunya membawa tenang
Mendamping jiwa untuk melayang

Engkau tenung kebawah
Nikmat teragung tanpa putus
Itulah mulanya kita
Jua rumah kita

Engkau rasa dengan hatimu
Kicipan si bebas kedengaran
Helai-helai dan bisikannya dirasai
Sungguh tanpanya kita mati.

by: Izzat Akmal

Memori

Di dalam memori luka
pasti terjilid kisah hati
yang melukut, berdarah
dalam jiwa yang berserah
benarlah, cuma setitis coretan
perjalanan liku bahagia
tetapi noktah pada hati
masih belum terhenti
                                                       
Tiga aksara ini keramat
erti demi erti disemat
namun korban cuma mangsa
ditelan dan diludah
menanti bumi yang tiada hulu.

by: Izzat Akmal

Darah Kota

Aku tidak lupa akan darah kota itu
Darahnya mengalir begitu pantas
Menghantui aku di setiap cabang doa
Aku tidak mampu untuk terus kembara
Mengenangnya  bagai kisah paling hina

Dalam detik itu
Aku pertuhankan rasa persetankan syurga
Membunuh hati memenggal akal
Melangkah pergi dari nikmat berjumpa Dia

Kini aku bersama hujan derita
Membawa jiwa terbang bersamaNya
Satu pinta agar darah kota itu sudah binasa

by: Izzat Akmal