Wednesday, June 5, 2013

Israk dan Mikraj

27 rejab sentiasa menjadi simbolik peristiwa Israk & Mikraj. Ya, aku yakin semua tahu akan peristiwa tersebut. Setiap tahun, tanggal 27 rejab semua masjid, surau bahkan di sekolah diadakan ceramah bagi mengenang peristiwa agung tersebut. Israk Mikraj pernah menjadi salah satu kisah kegemaran aku ketika kecil, kisah buraq yang dikatakan kelajuan sepantas mata berkerlip sangat mengagumkan. Juga dikatakan ianya adalah kelajuan yang serupa dengan teori speed of light Einsten. Selain itu, peristiwa bagaimana kegigihan Rasulullah s.a.w berjumpa Rabbul Jalil berulang kali hanya utk kesenangan umatnya menjadi tauladan buat kita.




Namun, sebelum peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w telah mengalami waktu-waktu duka dimana bapa saudaranya dan permasuri hatinya khadijah r.a meninggal dunia. Gambaran situasi ini sebenarnya ingin menjelaskan kepada umatnya bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengalami segala peristiwa, sedih, perang, kehilangan sahabat, isteri, bapa saudara dan sebagainya. Persoalannya, mengapa perlu baginda berasa sedih ? sedangkan doanya mustajab. Sebagai contoh, ketika perang uhud, boleh sahaja baginda berdoa utk berikan kemenangan tanpa menerima kekalahan ketika itu. Tetapi hakikatnya berbeza, kelalaian muslim ketika itu apabila melanggar arahan baginda memberi iktibar kepada muslim ketika itu.




Seterusnya, mengapa tidak dipertemukan buraq dengan abu jahal dan sekutunya ketika peristiwa tersebut ? Kalaulah terjadi aku yakin semua musyrikin mekkah akan memeluk islam ketika itu. Peristiwa demi peristiwa perjuangan Rasulullah menjadi payah dan sukar, berapa ramai yg katakan baginda gila setelah baginda menceritakan peristiwa tersebut kepada org ramai ? Tetapi, ketabahan dan kesabaran baginda tetap dijulang tinggi.




Hakikat dunia hari ini, kita sering melihat Rasulullah s.a.w dalam sisi nabi bukan dalam sisi manusia biasa kerana itu mereka menjadikan bahawa segala bentuk perbuatan Rasulullah s.a.w itu berat utk diikuti kerana gagal memahami serta menghayati peristiwa sebegini. Kesabaran, ketabahan baginda diibaratkan berada dalam dimensi yang berbeza dengan kita walaupun hakikatnya tidak begitu, kerana ramai menganggap Islam dalam kerangka idealism semata-mata bukan dalam kerangka realism.




Salam Israk dan Mikraj :)

Saturday, June 1, 2013

Cinta

Aku buka tirai post kedua dengan menulis mengenai cinta. Ia, nama pun formula kehidupan mana boleh lari daripada cinta. Sebenarnya mood jiwang aku tengah datang time tulis pasal ni. Haha. Okay lupakan.


Apa itu cinta ? Apa itu suka ? dan apa itu sayang ? Aku yakin hangpa semua dah boleh bezakan ketiga-tiga benda tersebut, aku tak gigih utk terang pasal tu. Ringkas cerita cinta adalah perasaan sayang dan suka diantara dua pihak. Cinta ni banyak kategorinya, selalu orang ingat cinta hanya buat lelaki dan perempuan tetapi sebenarnya maknanya lebih luas. Cinta kepada Tuhan, alam, saudara, keluarga, kekasih dan sebagainya.


Aku boleh kategorikan cinta ini sebagai satu piramid kehidupan, cinta utama sudah tentu kepada Tuhan kedua kepada pesuruhnya Muhamad S.A.W ketiga keluarga/saudara dan yang terakhir mungkin buat isteri. Sering kedengaran oleh ahli agama yg mengatakan bahawa cinta itu diharamkan sebelum berkahwin. Tapi aku tertanya-tanya kalaulah cinta itu adalah salah mengapa Allah mengurniakan kita perasaan cinta ? Aku tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan cinta itu haram, tetapi cara meraih cinta itu haram itu benar. Kenapa ? beginilah, cinta itu hadirnya daripada hati. Bagaimana mungkin kita boleh buang perasaan jatuh cinta terhadap seseorang. Bagi aku ianya tidak salah selagi mana kau tahu utk meletakkan sempadan dalam percintaan tersebut. Apa yg aku maksudkan bukan "couple" yer....Itu mmglah salah.


Aspek seterusnya cinta kepada Rasulullah s.a.w. Aku suka memetik kata-kata daripada seorang guru aku yang memperihalkan kisah cinta kita dengan Rasulullah s.a.w bukanlah seperti kisah cinta klise romeo juliet, shah mumtaz dgn shahjihan (tak tau eja betul ke tak), adam hawa (watak dalam drama) dan sebagainya, kerana kita tidak pernah berjumpa dgn baginda tapi perasaan sayang/cinta boleh muncul. Sejujurnya agak sukar utk kita kecapi perkara tersebut, ye lah kata org mmg mudah tapi cinta ni dari hati. Tak boleh dipaksa tetapi boleh dicuba :)


Firman Allah s.w.t:“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...”

(Surah Al-Baqarah : 165)



Tersemat dalam Quran bahawa org yg beriman itu lebih cinta kpd Allah, sbb itu aku kategorikan cinta kepada Tuhan adalah yg utama. Aku percaya tidak kira apa-apa agama sekali pun sebenarnya semuanya bersetuju dgn perkara ini. Cinta kpd Tuhan adalah cinta kepada Sang Pencipta, kadangkala org kata syukur itu tanda Cinta, begitu juga dgn redha. Persoalannya bagaimana utk kita bercinta dgn Tuhan ? Ermmm...sebenarnya mudah sahaja, hayati Quran bukan baca tapi hayati. Teorinya mudah, utk rasa jatuh cinta dgn novel yg kita suka kita perlu memahami penyampaian serta mesej dalam novel tersebut maka begitu juga Quran.