27 rejab sentiasa menjadi simbolik peristiwa Israk & Mikraj. Ya, aku yakin semua tahu akan peristiwa tersebut. Setiap tahun, tanggal 27 rejab semua masjid, surau bahkan di sekolah diadakan ceramah bagi mengenang peristiwa agung tersebut. Israk Mikraj pernah menjadi salah satu kisah kegemaran aku ketika kecil, kisah buraq yang dikatakan kelajuan sepantas mata berkerlip sangat mengagumkan. Juga dikatakan ianya adalah kelajuan yang serupa dengan teori speed of light Einsten. Selain itu, peristiwa bagaimana kegigihan Rasulullah s.a.w berjumpa Rabbul Jalil berulang kali hanya utk kesenangan umatnya menjadi tauladan buat kita.
Namun, sebelum peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w telah mengalami waktu-waktu duka dimana bapa saudaranya dan permasuri hatinya khadijah r.a meninggal dunia. Gambaran situasi ini sebenarnya ingin menjelaskan kepada umatnya bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengalami segala peristiwa, sedih, perang, kehilangan sahabat, isteri, bapa saudara dan sebagainya. Persoalannya, mengapa perlu baginda berasa sedih ? sedangkan doanya mustajab. Sebagai contoh, ketika perang uhud, boleh sahaja baginda berdoa utk berikan kemenangan tanpa menerima kekalahan ketika itu. Tetapi hakikatnya berbeza, kelalaian muslim ketika itu apabila melanggar arahan baginda memberi iktibar kepada muslim ketika itu.
Seterusnya, mengapa tidak dipertemukan buraq dengan abu jahal dan sekutunya ketika peristiwa tersebut ? Kalaulah terjadi aku yakin semua musyrikin mekkah akan memeluk islam ketika itu. Peristiwa demi peristiwa perjuangan Rasulullah menjadi payah dan sukar, berapa ramai yg katakan baginda gila setelah baginda menceritakan peristiwa tersebut kepada org ramai ? Tetapi, ketabahan dan kesabaran baginda tetap dijulang tinggi.
Hakikat dunia hari ini, kita sering melihat Rasulullah s.a.w dalam sisi nabi bukan dalam sisi manusia biasa kerana itu mereka menjadikan bahawa segala bentuk perbuatan Rasulullah s.a.w itu berat utk diikuti kerana gagal memahami serta menghayati peristiwa sebegini. Kesabaran, ketabahan baginda diibaratkan berada dalam dimensi yang berbeza dengan kita walaupun hakikatnya tidak begitu, kerana ramai menganggap Islam dalam kerangka idealism semata-mata bukan dalam kerangka realism.
Salam Israk dan Mikraj :)
No comments:
Post a Comment