Poligami diharuskan berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat". (Surah An-Nisa’: 3).
Baik, pertama apakah itu konsep poligami. Ramai yang kata wanita tidak berhak dalam menentukan samaada mereka ingin benarkan atau tidak suaminya berkahwin lain. Namun dalam masa yang sama lelaki juga perlu bersikap adil dan merasakan diri mereka mampu. Perkara ini yang menjadi ulasan dalam artikel ini.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
Baik, pertama apakah itu konsep poligami. Ramai yang kata wanita tidak berhak dalam menentukan samaada mereka ingin benarkan atau tidak suaminya berkahwin lain. Namun dalam masa yang sama lelaki juga perlu bersikap adil dan merasakan diri mereka mampu. Perkara ini yang menjadi ulasan dalam artikel ini.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (kahwinlah dengan seorang sahaja) atau (pakailah hamba-hamba perempuan yang kamu miliki), yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman". (Surah An-Nisa’: 3)
Dan firman-Nya dalam Surah An-Nisa’: 129 yang bermaksud,
Dan firman-Nya dalam Surah An-Nisa’: 129 yang bermaksud,
"Dan kamu sekali-kali tidak akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-bersungguh hendak me-lakukannya".
Maka, apa pula konsep adil yang sebenar ? Kita perlu faham mengenai konsep mengapa Allah mensyariatkan isteri supaya taat kepada suami ? Namun ini tidak bermakna suami boleh melakukan perkara perkara yang disukainya dengan sewenang-wenangnya, kerana itu adanya hukum fasakh dalam Islam yang membenarkan wanita menuntut pembelaan. Suami adalah pemimpin serta khalifah dalam keluarga. Sebagai seorang pemimpin perlu ada garis panduan yang wajib untuk ditunaikan sebagaimana seperti pemimpin sesebuah negara begitu juga pemimpin dalam keluarga. Maknanya suami perlu memastikan keperluan Isteri cukup terlebih dahulu, itu aspek pertama. Kedua, setelah segala kewajipan serta tanggungjawab telah kita tunaikan perlu juga kita menjaga hati Isteri. Mereka juga manusia punya perasaan. Suami yang baik tidak akan berkahwin lagi jika Isterinya tidak suka. Kenapa ? Sebabnya dia sedar bahawa kepentingan menjaga perasaan orang lain. Samalah konsepnya dengan ibu bapa dan anak anak. Benarlah jika dikatakan bahawa anak harus patuh dan taat dengan arahan ibu bapa namun dalam masa yang sama ibu bapa juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka. Islam tidak pernah membenarkan anak anak didera atas nama kepatuhan dan ketaaat. Bahkan hukuman kepada anak anak menurut Islam hanya sekadar memberi didikan dan pengajaran bukan untuk menyakitkan mereka.
Kadangkala, hujah "payung emas" digunakan buat isteri yang akan bermadu. Tetapi apakah matlamat si suami dalam menambah isteri ? Adakah untuk mendapat kebahagiaan ? Kehidupan ini tidak semuanya berkaitan dengan perhubungan dan perkahwinan. Alangkah sedihnya jika kita sibuk menambah calon dalam masa yang sama kita leka dengan perhubungan yang jauh lebih penting.
Betapa sesungguhnya hubungan perkahwinan itu berdiri diatas landasan kasih sayang dan cinta sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud
"Dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
No comments:
Post a Comment