Salam.
Sudah lama rasanya tidak menjengah ruang waktu ini. Terlalu sibuk dengan hal duniawi sehingga lupa untuk menaip papan kekunci memenuhi alam maya. Aku suka melihat tingkah laku setiap orang, melihat telatah mereka kadang kadang boleh menghiburkan hati yang sedang berduka dan lara. Aku terpanggil untuk menulis mengenai isu ini melihat kepada "kesalahfahaman" dan "stereotaip" muslim yang begitu merisaukan.
Semalam aku mendengar tazkirah. Kata seorg ustaz yg sedang berceramah
"Tuan tuan, puan puan, jangan dengar kata org barat yang kata makan daging kambing tu boleh jadi punca darah tinggi sebab ianya sunnah nabi. Ini semua agenda Yahudi."
Aku tidak berapa setuju dengan pernyataan ini. Kita sering sangka apa sahaja yang diperlaku barat adalah untuk menjatuhkan muslim. Barat itu musuhnya muslim. Well, kita perlu faham beberapa perkara. Manusia ini dikurnia Tuhan akal fikiran untuk menelaah dan berfikir. Kita tidak boleh terus menjustifikasi barat itu adalah jahat dan kejam. Apa sahaja yang mereka lakukan adalah untuk menjatuhkan muslim. Ini adalah fahaman yang silap.
Dalam ilmu falsafah kita sentiasa diajar dua persoalan utama dalam hidup.
What is ?
dan
What if ?
Adakah manusia itu bertingkahlaku sesuka hati mereka tanpa sebab ? Seseorang itu mnjadi penjenayah kerana beliau suka melakukan kekejaman ? Barangkali ianya terjadi, tetapi ilmuwan psikologi telah melebarkan penghuraian mereka dalam hal ini. Mereka ini boleh jadi mempunyai masalah dalaman (mental disorder) kerana itu mereka bertingkahlaku sebegitu. Begitu juga hal yang sama terjadi kini.
Barat menolak Tuhan bukan kerana mereka benci pada Tuhan tetapi disebabkan penyelewengan oleh golongan agamawan suatu ketika dahulu menyebabkan masyarakat sudah kecewa dengan agama. Lantas masyarakat ketika itu mula menolak agama sehingga lahirnya doktrin "liberalisma" dan "sekularisma" yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara.
Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam ingin menyalahkan barat. Benar mereka inilah yang menjadikan palestin sebagai sungai berdarah tetapi tidak semuanya sebegitu. Ada juga suara suara kecil daripada mereka dengan nama keamanan hadir membantu memboikot Israel dalam membantu Palestin. Justeru, adilkah kita mengadili mereka dengan hanya kerosakan yang mereka lakukan.
Kembali pada isu yang aku katakan sebentar tadi. Kambing menyebabkan terjadinya darah tinggi adalah suatu penyelidikan saintifik oleh pakar perubatan. Ianya dilakukan atas nama kesihatan warga dunia. Meskipun ianya "sunnah nabi" tetapi jika berlebih-lebihan sehingga boleh menyebabkan penyakit ianya sudah tidak menjadi sunnah yang dituntut lagi. Keindahan Islam itu adalah apabila ia boleh utk dipraktik utk semua golongan pada semua tempat dan waktu. Usah kita sempitkan dengan pemikiran songsang dan negatif ini.
Barat sering menggelar muslim sebagai "pengganas" bukan kerana mereka benci muslim tetapi atas kelakuan pelampau seperti puak syiah yang melampaui batas dalam menghentam barat.
Kita marah apabila barat memanggil kita sebagai pengganas tetapi kenapa kita sering menjatuh hukum mereka ini terlalu jahat sedangkan apa yang mereka lakukan itu tidak semuanya salah.
Muslim hari ini cabarannya berbeza. Terlalu banyak ideologi serta fahaman yang telah merasuk dalam pemikiran kita. Oleh itu, kita perlu memerhati ilmu ini dalam sudut cabang yang luas. Ini bukan zaman melarang dengan mengatakan "ianya tidak boleh lagi" tetapi sebaliknya kita perlu mencari dan memahami mengapa ianya tidak boleh.
WHY ?
Ilmu itu terlalu luas untuk kita teroka. Tuhan tidak hanya meminta untuk kita menelaah Al-Quran dan Hadith semata-mata tetapi Tuhan menyuruh kita memerhati Alam ini dengan bijaksana kerana adanya rahsia yang tersimpan disebalik awan awan yang terbentang.
Segala kesilapan hadirnya daripada penulis. Moga kita menjadi muslim yang dituntut.