sebagaimana langit biru yang luas terbentang ~ indahnya bukan kepalang.
Tetapi bukan leka itu yang diminta Tuhan.
Tuhan telah menyemai pepohon kasih dan belas
membaja tanah yang gersang-supaya menjadi dedaun yang segar
Tetapi tidak dibiar begitu sahaja~ pohon yang dibaja juga boleh lemas
dalam lautan pemikiran yang kelam. Tanpa dipupuk tutur fahaman.
Barangkali ada yang sangka segalanya sempurna jika tangan ini memohon.
Barangkali ada yang sangka segalanya sempurna jika tangan ini memohon.
pokok yang gugur akan kembali gembira ~ sungai yang derita pulang akhirnya
alangkah dangkalnya minda, rosaknya jiwa jika ini yang menjadi tongkat kita.
Kerana tidak semudah itu. Alam ini punya aturannya.
Sebagaimana Tuhan mencipta semesta begitu juga aturan manusia.
By Izzat Akmal
By Izzat Akmal
No comments:
Post a Comment