Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Usai menonton filem yang sudah ditunggu sekian lama. Filem ini sangat dekat dengan diriku. Pertamanya kerana ia mengimbau kembali kenangan aku di sumatera memandangkan latar lokasi filem ini di sana. Bahasa minang yg diguna dalam filem ini juga menarik kembali utk aku terus mengingati santun dan ramah orang disana. Kedua, novelnya ditulis oleh tokoh yang aku sanjung. HAMKA. Novel ini adalah novel pertama yg aku baca.
Filemnya tidak menghampakan cuma fantasi ketika membaca novelnya tidak seindah yg dihidangkan. Bagi aku, antara perkara yg menjadi indah didalam novel adalah seni bahasa yang bijak digunakan Hamka. Seperkara yg membuatkan aku tertarik diawal pembacaan aku adalah kerana Hamka adalah seorg tokoh Ulama' yg sangat dikenali di pelusuk nusantara. Namun diluar arus perdana seorang tokoh ulama' yg arif bidang agama rupanya bijak bermain bahasa dengan mata pena.
Jelas naskhah Hamka direka bukan suka suka. Ianya penuh dengan pesan dan kritikan sosial terhadap masyarakat indonesia ketika itu. Penggunaan karekter Hayati dan Zainuddin yang berbeza latar menjadi permainan dalam cereka ini. Hayati daripada keluarga yg begitu menekankan adat minang dalam budaya. Zainuddin dari keluarga yang bercampur darah bugis dan minang diusir dari tanah asal ayahnya sendiri. Kisah cinta antara dua darjat dijadikan bahan utama dalam ingin menyampaikan mesej kepada pembaca. Sebenarnya Hamka cuba utk mengkritik tindakan masyarakat bugis dan minang yang sering bermusuhan. Terlalu mengagungkan adat resam masing masing sehinga terlupa akan nilai yang lebih utama.
HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.
"...Di dalam usia 31 tahun (1938), masa darah muda masih cepat alirannya dalam diri, dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa, pada waktu itulah 'ilham' Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini mula kususun dan dimuat berturut-turut dalam majalah yang kupimpin. Setelah itu ia diterbitkan menjadi buku... Belum berapa lama tersiar, ia pun habis.
Ramai pemuda berkata :
"Seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri." Ada pula yang berkata : " Barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan..."

No comments:
Post a Comment