Rasanya kisah ini sudah layak untuk dimasukkan ke dalam buku sejarah. Sudah berhabuk. Memang sudah lama aku cuba untuk semadikan coretan ini cuma masa tak mengizinkan. Alasan cliche. Tapi ada beberapa perkara yang menjadikan bumi itu sangat dirindui.
Tanahnya.
Alam dan juga budaya di sana.
Tapi bukan keindahan bumi disana yang ingin aku ceritakan, cuma betapa indahnya aturan Tuhan yang diatur untuk aku dan kawan kawan ketika disana yang cuba untuk aku sampaikan. Pada mulanya program ini dibantu oleh seorang manusia yang diberi nama R. Pertama kali bertemu memang aku sentiasa khusnulzon, sebab dia adalah kawan kepada Adli (Ketua Projek). R banyak membantu kami dalam menguruskan hal-hal di sumatera barat. Beliau yang menjadi penghubung jambatan diantara kami dengan Pak Muslim (Salah seorang pensyarah di Universitas Bung Hatta dan merangkap pemandu pelancong kami di Padang). Program bermula daripada tanggal 8 hingga 13 April tapi aku dan beberapa orang yang lain pergi 2 hari lebih awal iaitu pada tarikh 6 April.
Bila sudah berada di bumi Sumatera Barat baru kami mengenali watak sebenar R. Pada mula kami bertemu aku benar benar sangka dia ikhlas untuk membantu tetapi dia tetap manusia. Ketika itu aku belajar satu perkara, jangan mudah percaya. Manusia ini terlalu banyak ragamnya. Topeng yang disua juga bersepah. Kau akan berteka-teki watak yang mana dimainkan oleh mereka. Namun apabila tabir disingkap baru kau kenal erti Manusia yang sebenar.
Pendek cerita disebabkan perselisihan yang berlaku diantara kami dan dia, lantas dia meninggalkan kami di hari akhir. Maka bermulalah pengambaraan kami di bumi orang. Tidak punya tempat berteduh dan pengangkutan. Namun, masyarakat disana sangat mesra. Mereka banyak membantu kami terutamanya Pak Muslim. Dia lah yang membantu kami mencari bas untuk ke Lapangan Terbang, dia juga yang membantu kami untuk mencari tempat tinggal sehari.
Walaupun begitu banyak dugaan yang aku terima ketika berada disana namun aku sangat merindui untuk hidu bau sumatera barat.
Bumi yang mengeratkan silaturrahim diantara aku dan peserta yang lain.
Bumi yang memberi inspirasi aku melalui lakaran-lakaran Tuhan yang begitu indah.
Bumi yang aku coretkan seribu satu kenangan pada dinding lakarnya.
dan Bumi Tuhan yang membuat aku lebih kenal akan Dia :)










ambil ia sebagai pengajaran dalam kehidupan =)
ReplyDelete